Susun supaya chatbot korang bersembang dengan prospect.
Jangan flush atau bagi banyak maklumat atau soalan dalam satu masa
Susun satu demi satu, step by step. Baru rasa mcm bersembang
Ini tidak, prospect Tanya 2 baris, korang susun bot jawab 8 perenggan. huhu
Memang cabut la prospect lepas tu
Maksud bersembang tu ialah, mesti ada komunikasi 2 hala. Bukan bot je yang membebel sorang2 dia. Mesti bertanya dan menunggu reply atau respond dari prospect
Kalau ada 3 point nak bagi, susun 3 step. Supaya boleh dapat 3 reply atau respone dari prospect
Contoh yang tak patut :
Prospect PM dan Tanya “Magic Spray ni selamat ke ?”
Chatbot jawab :
“Sangat selamat Sis. Magic spray ni 100% bahan organic dan takde bahan kimia yang merbahaya. Kalau anak-anak pakai pon tangan tak rosak. Kerja jadi mudah. Sis pon mesti suka tgk anak-anak rajin basuh kasut sekolah nanti. Sis cuba lah dulu satu, saya jamin sis mesti puas hati ;)”
Jawapan bot kat atas tu takde masalah. Semua point ada dan menjawab, malah menguatkan lagi jawapan kepada persoalan prospect tadi
Tapi, kita kene ingat, kalau kita taip panjang2 atau bnyk baris, text tu akan di scroll ke atas dan prospect mungkin akan terlepas pandang text2 yang di atas tu. Kalau dorang rajin scroll pon, mungkin akan confius mana dah baca dan mana yang belum
Habis tu macam mana ?
Jom kita susun step by step bersembang
Contoh :
Prospect PM dan Tanya “Magic Spray ni selamat ke ?”
Step 1
CUN (chatbot) jawab :
“Ya Sis Selamat. 100% bahan organic ni. Anak-anak sis basuh kasut sendiri ya ?”
Pilihan jawapan pada prospect : <Ya, dorang rajin> <of coz>
Step 2
CUN reply :
“Wah ! mesti seronok tgk anak-anak basuh kasut sendiri dan pandai berdikari kan ?”
Pilihan jawapan : <Alhamdulillah ;)> <Seronok sangat>
Step 3
CUN reply :
“Alhamdulillah, kerja dorang pon jadi mudah, tangan tak rosak. Kasut sekolah putih bersih je selalu 😉 Sis cuba lah dulu Magic Spray ni. Insyaallah puas hati. Boleh ?”
Pilihan jawapan : <Nak sangat> <Ok, cuba satu dulu>
Flow lepas tu paham2 sendiri la ya 😉
Asasnya, kita mesti susun chatbot supaya bersembang dengan prospect. Tapi pastikan jangan bersembang melalut sangat.
Sembang apa yang prospect Tanya, jangan sembang topic yang tak berkaitan
DAN ! jangan sampai lupa tujuan utama adalah untuk menjual / sales 😉
Harap membantu
#gengultra