Apa itu TUN ?
Teknik Ultra Noah aka TUN adalah satu teknik setting Facebook Ads yang menggunakan konsep ‘Hardsell Terpimpin’. Ia menggunakan video pendek (maximum 90 saat) dan copywriting yang sangat pendek dan ringkas.
Semua leads yang engage akan di bawa ke facebook messenger untuk mengumpul no phone dan memulakan proses closing / sales
Ciri-ciri utama TUN ialah
1. Tanpa CW atau CW yang panjang
2. Tarik quality LEADS
3. Minimize komen ‘PM’
4. Terus kumpul no phone PROSPECT (bukan sekadar leads
5. Sesuai untuk budget rendah dan tinggi
6. Kumpul DATA dan SALES dalam masa yang sama
7. Risiko RUGI sangat rendah (Untung selalunya lebih tinggi dari Ads spent)
8. Proven dan ada track record yang lama dan baik
9. Sesuai untuk hampir semua jenis produk dan perkhidmatan
Jadi, tanpa buang masa lagi, jom kita follow step by step macam mana nak setup Facebook Ads TUN 2.0
1. Create Ad
Klik pada create Ad. Butang hijau di sebelah atas kanan
2. Pilih Objektif
Klik pada Messages sebagai pilihan objektif
3. Berikan nama Kempen
Berikan nama kempen yang sesuai untuk kempen yang anda lakukan untuk memudahkan rujukan objektif utama kempen
4. Selesai Setting Kempen
Klik pada ‘Continue’ untuk terus ke bahagian setting Ad Set
5. Berikan nama Adset yang sesuai
Gunakan nama Ad Set yang menunjukkan kandungan Audience atau budget atau waktu atau lokasi yang berpadanan dengan setting yang di buat
6. Contoh nama Ad Set
Dalam contoh, saya menggunakan nama custom audience yang telah saya buatkan lookalike
7. Pilih Ad Type yang betul
Pastikan anda memilih ‘Click to Messager’. Ini adalah kerana kita ingin membawa semua Leads ke inbox
8. Pilih Custom Audience yang sesuai
Dalam Funnel Ultra Noah (FUN), saya ada terangkan berkenaan penyusunan dan pembinaan Custome Audience sebagai Funnel Facebook Ads. Anda boleh menggunakan mana-mana custom atau lookalike audience yang dirasakan bersesuaian dengan kempen anda, atau anda boleh mencuba beberapa audience secara serentak (split test) dan melihat yang mana satu lebih berhasil. Jika anda baru bermula atau masih tiada custom atau lookalike audience, boleh pilih setting Audience seperti lokasi, umur, jantina dan interest atau demography
9. Pilih Placement
Klik pada ‘Edit Placement’
10. Pilih Device Type
Oleh kerana majoriti rakyat Malaysia melayari Facebook menggunakan mobile phone, pilih Mobile Only supaya kita tumpukan semua budget iklan kita pada mobile phone
11. Pilih Platform
Pastikan Facebook dan Feeds di tanda
12. Un tick Instagram
Pastikan tanda di Instagram dan Feed (bawah instagram) di buang (un tick)
13. Un tick Messenger
Pastikan Messenger dan Home (bawah messenger) di buang (un tick)
14. Tentukan Budget
Klik pada ‘Daily Budget’ untuk melihat pilihan yang ada
15. Pilih Lifetime Budget
Pilih lifetime budget. Kenapa lifetime budget ? Boleh rujuk kepada FB Page Ultra Noah
16. Masukkan jumlah budget
Masukkan RM 200 sebagai jumlah budget anda. Ini adalah untuk permulaan sahaja, jika kempen Ads berjalan dengan baik dan membawa masuk Leads serta Sales yang memuaskan, anda boleh menambah jumlah budget pada bila-bila masa
17. Pilih End Date
Pastikan anda memilih End Date yang betul dan bersesuai dengan budget.
Saya selalu advice untuk meletakkan RM 200 untuk seminggu (permulaan) dan adjust bila perlu dan dirasakan sesuai.
Sekali lagi, pastikan dengan betul End Date adalah 7 hari dari Start Date. Jangan lupa perhatikan bulan dan tahun nya juga 😉
Dalam gambar contoh, Start Date adalah 4 Jan 2018. Secara default, End Date adalah 1 bulan dari Start Date. Jadi, anda perlu pastikan End Date adalah 7 hari daripada Start Date
18. Klik Continue
19. Pilih Facebook Page
Pastikan anda memilih Facebook Page yang betul yang anda ingin jalankan kempen Ads
Boleh gunakan fungsi ‘Seach Pages’ untuk mencari
20. Pilih Format Ads
Anda diberikan dengan 4 pilihan format Ads iaitu Carousal, Single image, Single video dan Slideshow. Setiap satu format mempunyai kelebihan dan kegunaan yang tertentu
21. Pilih Single Video
Untuk teknik TUN 2.0 kita akan menggunakan single video sebagai format Ads kita
Kenapa ? Video adalah media yang boleh mengumpul data (video view). Berbanding imager yang tidak memberikan data (image view). Tambahan lagi, data yang dikumpul menggunakan video adalah lebih murah dan cepat tetapi masih mengekalkan kualiti yang baik
22. Pilih Video
Klik pada ‘Browse Library’ dan pilih video yang ingin digunakan jika dah pernah upload video di page atau klik pada upload video jika belum pernah upload. Pastikan content video adalah memfocus kepada produk dan kelebihan produk. Ia mesti berbentuk menjual tetapi jangan meminta untuk leads membeli. Duration hendaklah tidak lebih 90 saat. Masukkan elemen emosi, visual dan mesti bersahaja
23. Pilih Gambar Thumbnail
Pastikan gambar yang digunakan langsung tidak mengandungi text dan mestilah sangat menarik perhatian. Jika tiada yang sesuai, boleh pilih custom thumbnail dengan klik pada ‘Select Image’
24. Cipta Headline
Pastikan headline diantara 3 ke 9 patah perkataan sahaja ATAU pastikan headline tidak lebih dari 3 baris (boleh lihat di ruang Ad Preview). Huruf pertama setiap perkataan adalah huruf BESAR. Jangan gunakan semua huruf besar.
Gunakan Headline yang ‘straight to the point’. Focus pada kelebihan utama produk atau target audience atau testimoni atau awards. Elakkan guna headline yang berbentuk ‘soft selling’ atau ‘click bait’
25. Cipta Text (CW)
Pastikan text adalah tidak lebih daripada 19 patah perkataan ATAU jangan sampai link ‘Read more’ keluar. Text mestilah menerangkan dengan ringkas dan tepat headline yang telah di bina ATAU berbentuk mengajak audience untuk menonton video dan masukkan sekali CTA (call to action)
Contoh :
Headline : Rambut Bebas Kelumumur
Text : Nak tahu cara mudah untuk hilangkan kelumumur ? Cuba tengok video ni dan klik ‘Send Message’
Perhatikan keyword (perkataan yang di bold) yang digunakan adalah seragam diantara Headline dan Text. Keyword yang sama juga perlu ada di dalam video
26. Setup Welcome Message
Scroll ke bawah dan ke bahagian Message Setup dan pilih ‘Text only’
Kenapa text only ? Sebab ia lebih berbentuk bersembang dan ringan berbanding format yang lain
27. Bina Welcome Text
Secara default, text yang di sediakan ialah Hi <nama>! Thanks for contacting us. How can we help you ?
Padam ayat tersebut dari ‘Thanks’ hingga akhir. Tinggalkan ‘Hi <nama>!’
Kemudian sambung dengan ayat yang menggunakan keyword yang sama seperti headline dan text tadi. CTA Welcome Text ni mestilah meminta no phone leads.
Contoh :
Hi Noah ! Nak bebaskan rambut dari masalah kelumumurkan ? Boleh lisa dapatkan no phone dulu 😉
28. Setup Customer Actions
Scroll sedikit ke bawah dan akan nampak Customer actions. Click pada ‘Quick replies’ dan tukar kepada ‘Buttons’. Pada bahagian ‘Label’ masukkan nama brand atau produk
Untuk action, pilih ‘Open a website’. Pada bahagian Website URL masukkan link ke website (jika ada) atau link ke Facebook Page produk / biz
29. Klik Confirm
Selepas selasai semua, klik pada ‘confirm’ dan Facebook akan mulakan proses approval
30. Ads In review
Iklan kini dalam proses review sebelum di Approved
31. Klik Continue
Klik pada continue dan proses membina iklan menggunakan teknik TUN 2.0 telah selesai
32. Active
Selalunya, iklan yang menggunakan teknik TUN 2.0 adalah amat cepat untuk di approve dan active
Setelah iklan berjalan dan PM dah mula masuk bersama no phone, jangan lupa untuk reply pada Pm yang masuk dengan ‘Terima Kasih, kami akan whatsapp segera’, kemudian terus whatsapp leads untuk memulakan proses closing / sales
TUN 2.0 bertujuan untuk mengumpul no telefon leads di inbox dan bukan komen atau like. Jadi, semua pengiraan prestasi dan kos haruslah berbandukan jumlah PM dan no phone yang diterima
Step by step guide ini sudah lengkap dan boleh di ikuti dari mula hingga akhir. Walaubagaimanapun, saya ada juga menyediakan satu PDF yang mengandungi semua step di atas bersama screenshot (lain-lain content adalah sama). TETAPI, saya perlukan sedikit bantuan, sikit je. Untuk dapatkan PDF tu, boleh bantu saya untuk share page ni di FB. Klik je kat icon Facebook kat bawah tu tau 😁
[indeed-social-locker sm_list=’fb’ sm_template=’ism_template_2′ sm_list_align=’horizontal’ sm_display_counts=’true’ sm_display_full_name=’true’ unlock_type=1 locker_template=5 sm_d_text='<h2>This content is locked</h2><p>Click on the Facebook button below to Share this page and Unlock the Content!</p>’ reset_locker=1 locker_reset_after=3 locker_reset_type=’days’ ism_overlock=’default’ ]
Terima kasih banyak-banyak ! Untuk download PDF, klik ‘Add to cart’ dan gunakan code ‘TUNFREE’ semasa checkout 👌
[/indeed-social-locker]
Selamat mencuba dan teruskan monitor iklan untuk memastikan iklan berjalan dengan baik dan menguntungkan !