Offer yang Jelas & Terang
Antara kegagalan paling besar yang ramai orang buat dengan sales page dorang adalah, offer yang diberikan tak jelas dan tak menarik
Sales page yang bagus WAJIB ada satu dan satu sahaja offer yang sangat menarik.
Offer tu mestilah sesuatu yang target kita nak, atau sesuatu yang target kita perlukan.
Kalau bermain dengan kehendak, offer tu boleh jadi mcm bundle atau special edition atau limited edition atau FREE gift yang menambah nilai kepada produk.
Contoh, kalau jualn over, bagi free gift tray utk bakar kek. So, target tak perlu nak beli tray kek, atau dia dapat tray kek yang baru / extra
Kalau bermain dengan produk keperluan, offer yang selalunya mengena adalah discount. Tapi, tak kan nak bagi discount buta-buta kan ?
Offer utk barang keperluan yang paling popular ialah discount pada harga bulk. Maksudnye kalau beli satu harganya RM 20 dan boleh guna satu bulan. Tapi kalau beli 3, harga cuma RM 50 boleh pakai 3 bulan. Jimat RM 10
Walaupun penjimatan agak rendah dari segi nilai, tapi kalau di kira dalam bentuk % jadi 16.7 % dah tu
Dan, untuk produk keperluan ni, walaupon customer dapat sikit discount, customer akan still appriciate. Sebab, macam mana pon, dia kene beli juga. Sebab nama pon dah keperluan kan
Untuk mengelakkan prospect kita keliru dengan offer yang ada, cuba bagi hanya SATU sahaja offer. Jangan bagi pilihan atau option lain.
Tujuan sales page tu ialah nak close prospect dengan offer yang kita ada. Bukan nak bagi dia fikir offer apa yang terbaik untuk dia. Lagi kurang kita bagi prospect berfikir, lagi mudah nak convert
Kalau offer tu prospect tak minat macam mana? Rugilah !
Of coz bukan semua prospect akan minat offer tu. But ! Kita kene pastikan offer kita tu sangat menarik dan boleh close seramai mungkin prospect. Ingat tips #1 ? Targeted audience.
Habis tu ! Yang tak minat atau tak close tu nak buat apa ngan dorang ?
Saya ada jawapan untuk tu, tapi kene tunggu article yang akan datang.
Jom komen kat bawah, apa offer korang yang korang rasa the best korang penah bagi pada prospect korang ?