Tahun 2020 ni, dah semakin ramai yang menggunakan Facebook Ads untuk mendapatkan leads dan menjana sales. Tetapi, masih ramai yang belum faham dengan betul bagaimana Facebook Ads berfungsi. Bila Ads jadi mahal, kita akan salahkan Facebook dan terus chop Facebook makan duit kita.
Kalau betul Facebook hanya nak makan duit kita, kenapa masih ramai bisnes owner yang berjaya menjana ratusan hingga jutaan ringgit jualan dengan menggunakan Facebook Ads ? Mungkin kah kita tersalah set ? Mungkin kah produk kita tidak sesuai untuk Facebook Ads ?
Jawapan yang mudah, virtually, tiada bisnes yang tidak sesuai menggunakan Facebook Ads. Zaman sekarang ni, untuk dapatkan sumbangan / derma pon boleh berjaya menggunakan Facebook Ads. Kalau anda rasa ada bisnes yang tidak sesuai menggunakan Facebook Ads, boleh tolong saya tuliskan di ruangkan komen di bawah. Mungkin saya ada tertinggal maklumat yang penting.
Balik kepada tajuk kita kali ini, kenapa Facebook Ads jadi mahal ? Ada banyak sebab kenapa boleh jadi mahal. Tapi, kali ni saya nak kongsikan salah satu sebab yang ramai terlepas pandang atau tidak ambil perhatian bila merancang kempen pemasaran di Facebook.
Facebook Ads ada perbagai jenis objektif yang kita boleh pilih. Setiap objektif ada fungsi dan tempat yang tepat untuk digunakan. Saya rasa ramai yang dah tahu bab ni dan pandai memilih objektif yang sesuai untuk kempen yang tepat.
Apa yang ramai tak sedar ialah, setiap objektif ada pilihan Optimization yang tersendiri. Setiap optimization yang yang ada menggunakan algorithm yang unik dan akan menyebabkan Ads kita menuju kepada audience yang berlainan. Sila rujuk gambar di bawah.
Sebagai contoh, objektif traffic ada 3 pilihan optimization iaitu Landing Page Views, Link Clicks dan Daily Unique Reach. Jika anda memilih untuk optimize menggunakan Landing Page View (wajib ada pixel) Facebook akan cuba menunjukkan Ads anda kepada audience yang berkemungkinan tinggi untuk meluangkan masa untuk melihat atau membaca apa yang ada di landing page anda. Sebaliknya, jika anda memilih Link Clicks, Facebook hanya akan mencari audience yang akan click Ads / link anda. Facebook tidak akan ambil kira sama-ada audience yang click link tersebut melihat atau membaca landing page kita.
Satu lagi contoh, jika kita menjual produk dengan harga yang agak tinggi, contohnya RM990 dan kita menggunakan objective Conversions dan pilihan optimization juga adalah Conversions, besar kemungkinan Ads kita akan menjadi mahal. Kenapa ?
Setiap Facebook Ads yang kita baru jalankan akan melalui satu fasa yang digelar Learning Phase. Ketika fasa learning phase ni, Facebook akan mencuba beberapa set audience yang ada dalam pool kita (mengikut setting audience yang kita buat) untuk mendapatkan result yang kita set pada pilihan optimization iaitu conversions / sales.
Oleh kerana produk yang kita jual agak mahal dan audience yang kita target juga agak sejuk / cold, ia menjadikan sukar bagi Facebook untuk mendapatkan result yang kita nak dan keluar dari fasa learning phase. Jika dalam 7 hari Facebook gagal untuk mendapatkan 25 – 50 result yang kita set, Ads kita akan di label sebagai Learning Limited dan cost per result Ads kita juga adalah tinggi.
Jadi, perancangan yang teliti perlu dilakukan sebelum kita menjalankan kempen Facebook Ads. Bina funnel yang sesuai atau, jika ingin terus menarik sales dari Ads, pastikan optinization yang kita pilih bukanlah satu result yang susah untuk Facebook dapatkan (seperti conversion) dan juga bukan result yang terlalu mudah (seperti link click)
Secara ringkasnya, lebih cepat Facebook keluar dari fasa Learning Phase, maka lebih cepat Ads anda optimize dengan berkesan. Tetapi, result yang banyak atau murah bukanlah penentu Ads yang berkesan membawa masuk banyak sales. Perlu ada keseimbangan di antara bilangan dan kos per result.
Cadangan saya, jika kita rasa conversion Ads kita agak mahal, cuba tukar guna pilihan optimization yang lain contohnya Landing Page Views dengan syarat, target audience kita betul-betul tepat. Berikut saya senaraikan jenis objektif yang ada bersama pilihan optimization yang kita boleh pilih :
Brand Awareness
- Ad Recall Lift
Reach
- Reach
- Impressions
Traffic
- Landing Page Views
- Link Clicks
- Daily Unique Reach
Engagement
- Impressions
- Post Engagement
- Daily Unique Reach
- Page Likes
- Event Responses
App Installs
- App Installs
- Retention
- App Events
- Value
- Link Clicks
Video Views
- ThruPlay
- 2-Second Continuous Video Views
Lead Generation
- Leads
Messages
- Replies
- Leads
Conversions
- Conversions
- Value
- Landing Page Views
- Link Clicks
- Impressions
- Daily Unique Reach
Catalog
- Conversion Events
- Value
- Link Clicks
- Impressions
Store Visits
- Daily Unique Reach
- Store Visit
Harap membantu, jika ada soalan atau perlukan apa-apa bantuan, boleh komen di bawah. Selamat menjana sales meggunakan Facebook Ads