Select Page

Semalam saya ada janji nak explain sikit pasal topic kat atas kan ? Jom baca berjemaah
Apa-apa pon, semua point yang saya bagi adalah berdasarkan pengalaman dan pandangan peribadi saya sahaja

Kenapa kalau delete Facebook Ads yang dah pernah run tu seolah-olah membakar duit sendiri ?
OK macam ni.
Yang pertamanya, bila kita membayar untuk buat iklan dengan Facebook Ads, kita sebenarnya membeli DATA, bukan semata-mata membayar placement (tempat keluar iklan)

Data apa yang kita BELI ?
Yang pertamanya adalah data AVATAR yang kita bina
Selalunya masa kita nak run Ads tu kita akan setkan umur, lokasi, jantina dan interest / demography kan
Data LOOKALIKE dan CUSTOM Audience dan PIXEL
Itu lah data yang kita beli dari Facebook

Yang tu satu
Yang ke dua, selepas kita run Ads kita, Facebook akan bagi kita banyak lagi data-data yang kita boleh gunakan untuk tahu sama ada Ads kita baik atau tidak
CPE, CPS, CPM, CPA dan segala C yang ada. Tu belum kira berapa banyak message, click, conversion, web visit, video view yang kita dapat. Banyak lagi data yang Facebook bagi kat kita. Data tu semua bukan FREE tau 😉
betul kan ?

So, katalah bila kita dah run Ads tu selama 3 hari la katakan, lepas tu kita rasa mcm tak jadi lah Ads tu, end up kita DELETE terus.
Atau, Ads tu kita dah pernah run lama dulu. Sebab tak nak menyemak dalam kita punye ads manager, kita pon delete.
Sama lah macam kita masuk kedai runcit, amik milo satu kilo, bayar kat counter, elok keluar kedai je kita buang kat tong sampah.

Ok ok
Persamaan tu agak melampau. huhu
Maafkan saya
But korang dapat point yang saya nak sampaikan kan ?

Apa yang kita boleh buat dengan data Ads yang tak bagus tu ? Atau data Ads yang dah running zaman tok kadok tu ?
Jawapan nya adalah ANALISA
Tau kan apa tu analisa?

Dengan data daripada Ads yang tak bagus tu, kita boleh buat perbandingan dengan Ads-ads yang akan kita run nanti
Dengan data daripada Ads yang dah lama kita run tu, kita boleh jadikan rujukan untuk memperbaiki Ads kita yang akan datang
Kalau kita delete, macam mana nak buat perbandingan

Apa cara yang sepatutnya ?
Ok mcm ni,
Yang ni saranan saya
Saya faham, fungsi DELETE yang Facebook buat tu ada kegunaannya, cuma kita kene tahu dan pandai guna fungsi tu dengan betul
Selepas kita selesai buat analisys dan memang dah betul-betul tak perlukan data dari Ads tu, baru la kita DELETE

Lastly, saya ada berita gembira Kepada yang dah DELETE Ads tapi nak tgk semula BASIC DATA (tanpa graph) yang ada untuk buat analisa
Caranya, pegi ke Ads Manager, bahagian FILTER tu select DELIVERY then select DELETED
So, sebenarnya takde la bakar duit sangat
Nampak tak baik nye hati abam Mat Juki kita tu
Walaupon kita dah DELETE, dia masih simpan lagi DATA kita
Itulah bukti paling kukuh yang sebenarnya kita MEMBELI data bukan placement & Facebook ni nak bantu kita untuk majukan biz kita 😉

Salam Kemenangan pada warga JDT
Salam Kasih Sayang pada warga Lang Merah
#gengultra