Masih ramai yang tak tahu tentang kewujudan Facebook Explorer Feed ni. Pada sesiapa yang dah tahu dan dah selalu scroll feed tu akan terasa kehantuan feed ni dalam hidup dorang
Ada berita mengatakan bahawa, dengan adanya Facebook Explorer Feed ni akan mengurangkan reach posting daripada page kita secara organic. Betul ke ? Atau khabar angin semata-mata. Jom baca sampai habis 😉
Kat mana nak access Facebook Explorer Feed ?
Sebelum 9 2017 lagi Facebook Explorer Feed boleh di access oleh sebilangan besar pengguna Facebook. Pada awal bulan 10, Facebook dah melengkapkan Explorer Feed untuk mobile dan desktop pada semua pengguna (termasuk di Malaysia)
Macam mana nak access Facebook Explorer Feed ni ? Mudah je, kalau kat android mobile, touch kat hamburger menu belah atas kanan tu (icon 3 garis bertindih tu). Kalau iPhone saya tak sure sebab saya tak guna iPhone. huhu !
Kat desktop, menu Facebook Explorer Feed ni ada kat sebelah kiri (menu ni ada kalau kita kat ‘HOME’ atau news feed kita), tgk macam gambar kat sebelah 😉
 Apa fungsi utama Facebook Explorer Feed ?
Actually Facebook Explorer Feed ni macam ‘dinding viral’. Sebab apa ? Kat feed tu, kita akan Nampak dan jumpa macam-macam jenis video yang viral atau video tinggi engagement nya.
Video-video tu semua adalah video-video yang tak lalu kat wall kita. Maksudnya, kita tak like or follow pon page-page yang share video tu, tapi kita boleh jumpa or nampak kat Explorer Feed tu
Yang menariknya, Facebook susun content dalam feed tu mengikut citarasa kita (based on activity kita kat Facebook). Content kat Explorer Feed ni memang sangat menarik, tapi, kebanyakkannya hanyalah hiburan dan gossip semata-mata. Sesuai untuk hiburan di kala kebosanan. Itu lah yang semua orang suka, video viral, video bay comel, awek cun. abam sado, orang gaduh, jatuh pokok, nur sajat ! eh terkeluar plak nama minah tu.
Kenapa kita sebagai Usahawan perlu RISAU tentang kewujudan Facebook Explorer Feed ni ?
Facebook sedang menjalakn ujian di beberapa buah negara. Dalam ujian tu, Facebook sekat / tahan ORGANICÂ reach posting PAGE kita. Apa maksudnye ? Maksudnye, bila kita buat posting kat Facebook Page kita, follower atau likers kita tak kan Nampak posting kita kat wall dorang. Dorang hanya boleh Nampak kat Explorer Feed sahaja !
Ngeri kan ? ada ke patut macam tu ? Biar betul ?
Ada banyak report yang saya dengar, di beberapa buah Negara yang tidak termasuk dalam test di atas, organic reach page mereka semakin menurun dengan mendadak.
Memang dulu Facebook pernah maklumkan yang dorang akan slowly reduce organic reach untuk page, adakah Facebook nak mansuhkan terus organic reach utk page ? Habis tu, tak kan kita nak kena bayar pula untuk reach ? Kene buat Ads je la 24 jam !
Keadaan ini juga disokong dengan wujudnya Group linking untuk Page. Memang Nampak macam Facebook nak mansuhkan atau letakkan had yang rendah untuk organic reach. Gelap lah masa depan kita sebagai Usahawan di Facebook !
Apa kata Facebook ?
There have been a number of reports about a test we’re running in Sri Lanka, Bolivia, Slovakia, Serbia, Guatemala, and Cambodia. Some have interpreted this test as a future product we plan to deliver globally. We currently have no plans to roll this test out further.
Siapa yang cakap tu ? Mamat ni nama dia Adam Mosseri, Head of News Feed kat Facebook. Kalau nak baca kenyataan penuh dia boleh klik kat sini
Kesimpulannya
Facebook Explorer Feed akan sentiasa available untuk semua orang access. Untuk hiburan di kala duka dan lara. Untuk santapan gosip dan gelak ketawa.
Apa yang pasti, Facebook akan sentiasa membuat dan membawa perubahan untuk kebaikkan kita. Walau macam mana sekalipun, Facebook still memerlukan usahawan (Brand Content) yang berkualiti. Jadi, mungkin lepas ni, content yang tak berkualiti akan di letakkan dalam satu Feed yang lain (secondary)
Dalam pada tu, Facebook punya main concern adalah pengguna social. Sebab Facebook sendiri adalah social media, bukan advert media. Sekarang ni, posting berkenaan produk atau service (menjual) dah macam tsunami kat dalam Facebook tu, jadi Facebook kena ambil langkah-langkah yang proaktif untuk mengelakkan Facebok jadi macam ruangan ‘classified’ dalam Akhbar harian 😉
Kalau Facebook gatal paksa kita Usahawan supaya bayar untuk setiap posting kita, memang mengundang kemarahan dan merancangan untuk tutup awal. huhu
Apa-apa pun, kalau posting atau content kita tu sangat bagus, Facebook tak kan simply abaikan. Sebab Facebook memang amat hargai content-content yang padu dan disukai ramai.
Jadi, bottom line nya adalah, pastikan semua posting yang kita buat, baik personal atau di page, mestilah yang berkualiti dan menarik untuk di baca / tonton oleh ramai orang 😉