Assalamualaikum 😉
Yoyo pembaca yang di sayangi di hati. huhhu !
Kali ni saya nak explain in details pertembungan di antara Chatfuel vs Manychat
2 Platform chatbot yang paling popular dalam market
First of all, saya nak bagi tau yang CF (chatfuel) dan MC (manychat) ni adalah dua platform chatbot yang paling popular dan yang paling ramai gunakan seluruh dunia. So, secara ringkasnya, dua-dua platform pon terbaik dan sesuai digunakan oleh sesiapa je. Dua-dua platform boleh digunakan oleh mereka yang tiada background programming atau design, yang penting, kene tau dan faham flow apa yang nak di buat dan tahu nak guna fungsi-fungsi yang ada.
Kisah permulaan saya dengan chatbot
Saya mula berjinak-jinak dengan chatbot menggunakan ManyChat. Ya betul, saya bermula dengan ManyChat. Kenapa ? Sebabnye mudah je, ManyChat PALING MUDAH & CEPAT untuk bermula. Learning curve yang sangat singkat. Semua fungsi self explanatory (tgk je dah tau nak pakai macam mana).
ManyChat sangat sesuai untuk saya pada masa tu sebab saya sangat baru dan baru nak belajar tentang chatbot. Beberapa juga chatbot saya bina menggunakan ManyChat pada masa tu. Termasuk, chatbot untuk restoran, event dan sales.
Masa tu memang sangat best. Sebab, ManyChat memudahkan saya untuk bina dan deploy chatbot dengan sangat mudah dan cepat. Ini adalah USP ManyChat, mudah dan cepat. Saya jamin, sesiapa yang baru belajar nak buat chatbot akan boleh bina dan deploy chatbot dalam masa beberapa jam je dengan Manychat. Seriusly, personally, saya jamin bab ni 😉
Bila beralih ke Chatfuel ?
Ok, sebelum saya cerita bila dan macam mana saya boleh beralih kepada Chatfuel, biar saya cerita dulu sikit background saya.
Saya adalah bekas seorang programmer & system analyst (freelancer). Jadi saya dan biasa sangat bermain dengan coding, system, flow dan system design. Semua element ni ada dalam chatbot. Sebab tu saya sangat cepat belajar dan mahir dalam chatbot. Yang paling penting dalam membina chatbot ni ialah FLOW. Kalau flow yang kita bina kene dan memenuhi kehendak dan behavior pengguna, maka chatbot kita akan jadi sangat berkesan dan membantu dalam urusan harian business kita
Bila saya beralih ke Chatfuel ? Bila ada beberapa perkara yang saya tak dapat buat dengan ManyChat. Walaupun ManyChat sangat mudah dan cepat untuk saya bina chatbot, tapi saya perlukan lebih PURPOSE untuk chatbot saya.
Purpose maksud saya, saya perlukan chatbot saya lebih BIJAK dan CERDIK. Saya perlukan chatbot saya untuk melakukan FUNGSI mudah macam operasi ringkas Matematik (tambah, tolak, darab dan bahagia). Saya juga perlukan chatbot saya untuk menyimpan VARIABLE atau Bahasa mudahnya, menyimpan NILAI / VALUE yang saya boleh gunakan dalam flow saya yang lebih ada PURPOSE
Saya cuba buat dengan ManyChat pada masa tu, malangnya saya tak daapt buat dengan ManyChat. Saya tak ingat samada fungsi tu masih belum ada atau sebab saya pakai FREE version dan fungsi tu hanya untuk PRO sahaja. Saya sangat perlukan fungsi tu, jadi saya mula google untuk mencari workaround. Makan hari jugak la saya dok google tapi still tak jumpa jalan untuk guna fungsi tu kat ManyChat.
Kenapa saya gigih nak cari workaround kat ManyChat ? sebab saya suka gila guna ManyChat masa tu. Orang kata dah jatuh cinta la. Macam mana pon, nak setia jugak dengan ManyChat. huhhu 😉
Sampai lah satu hari tu, saya terjumpa blogpost pasal CF dan fungsi operasi serta variable yang saya perlukan ada pada CF. Saya pon ape lagi, terus register CF (Percuma) dan terus mula belajar macam mana nak bina chatbot dengan CF. Ya betul, akaun PERCUMA CF boleh guna fungsi advance tu 😉
Nak tau berapa hari saya ambil masa untuk belajar dan mahir dengan CF ? Jawapan nya….. hampir sebulan ! Ya betul, orang yang ada background programming macam saya pon ambil masa yang agak lama untuk belajar dan mahir CF. Bukan sebab CF tu terlalu susah, sebabnya, saya tak terbiasa dengan cara MC.
Satu benda yang saya nak tekankan kat sini, cara bina chatbot menggunakan MC adalah sangat-sangat berlainan dengan cara bina chatbot menggunakan CF. So, kalau ada yang nak beralih dari MC ke CF, kene bersedia untuk mula dari ZERO. Kalau yang nak beralih dari CF ke MC, saya sara tak kan ada masalah sangat. Sebab MC sangat mudah 😉
Penting sangat ke fungsi operasi dan variable tu ?
Kalau tanya saya, jawapan saya adalah SANGAT PENTING. Tapi untuk majoriti orang atau boleh kata lebih dari 80% yang bina chatbot, fungsi tu tak berapa penting dan dorang boleh bina chatbot yang baik dan berkesan walaupun tanpa fungsi-fungsi tu.
Saya ? Bagi saya, saya amat perlukan fungsi-fungsi tu untuk jadikan chatbot saya lebih DYNAMIC, lebih BIJAK dan lebih AI. Saya bagi satu contoh mudah. Kalau dengan MC, bila kita buat chatbot utk sales, kita kene tau user nak beli produk apa dan berapa kuantiti kan ? Of coz, harga setiap produk dan harga untuk satu, dua atau tiga produk juga berbeza. Dengan MC, kita kene bina DEDICATED flow untuk setip pilihan yang ada tu. Kalau ada 10 pilihan ? Maka kene guna catalog atau website yang mana ramai antara online seller or facebook seller kat Malaysia ni tak ada. End up, chatbot yang di buat tu tak boleh buat sales sebab, chatbot tu sendiri tak boleh nak ambil order secara tepat atau gagal handle multiple selection flow
Tu baru bab sales, kalau bab CONSULTATION ? laaaaagi la banyak pilihan flow or situasi.
Dengan CF, saya boleh susun flow yang lebih dynamic. Saya boleh gunakan operasi dan variable untuk bagi output yang lebih dekat dengan user tanpa perlu design flow yang macam spider web.
Dengan CF juga saya boleh ubah atau upgrade atau tukar flow saya dengan mudah kalau ada berlaku perubahan harga, pilihan atau option lain yang perlu ditambah.
Bukan nak kat MC tak boleh nak ubah atau tambah flow, yang saya maksudkan, kalau flow tu adalah dynamic atau kompleks, maka agak susah nak manage dengan MC berbanding CF. MC pon ada fungsi untuk set user variable atau MC bagi nama Custom Field. Tapi dia still tiada basic math function.
Banyak lagi kegunaan dan kelebihan fungsi operasi dan variable tu. Sebab tu juga banyak company besar-besar gunakan CF sebagai chatbot dorang. Tak percaya ? Tengok gambar kat bawah ni
Apa lagi perbezaan Chatfuel vs ManyChat ?
Ok, sebelum saya terangkan satu-persatu, cuba tengok dulu carta perbandingan fungsi kat bawah ni
*sumber :Â https://chatbottutorial.com
Kalau tengok senari gunsi kat atas tu, CF dan MC ada beberapa fungsi yang satu pihak lagi tak ada. Ada juga fungsi yang dua-dua pon ada. Jadi, actually tak berapa besar bezanya antara dua chatbot platform ni. But stil, persoalanya, kenapa saya memilih CF ? Kenapa tak terus setia dengan MC ?
Jom baca lagi kenapa dan kenapa 😉
Elemen yang ada
Dua-dua platform boleh kata ada element yang sama. Text, photo, video dan galery. Cuma part video tu, MC perlukan user untuk upload file tu ke MC manakala CF boleh guna link dropbox je.
Ada juga beberapa elemen berbentuk plugin yang tiada di MC tapi ada di CF. Contohnya chatroom, location sharing dan list.
Satu elemen atau plugin yang paling ketara ialah JSON API. Hanya CF saja yang support. MC ada plugin untuk external request. Mungkin boleh explore plugin tu untuk gantikan JSON API kat MC
JSON API tu lah yang paling saya perlukan untuk bina chatbot yang lebih advance macam Maya dan Eva. Especially Eva, sebab Eva ialah chatbot yang handle leads atau dengan kata lain, ala-alan CRM (customer relationship management system). Saya lebih suka panggil Eva sebagai LMTS (Leads management & tracking system).
Struktur pembinaan chatbot
MC menggunakan konsep ‘Steps’ manakala CF menggunakan konsep ‘Block’. Personally saya lebih suka konsep ‘Step’ MC. Tapi, bila design chatbot menjadi semakin kompleks, saya mudah lost dengan konsep MC. MC hanya ‘group’ kan elemen dalam ‘steps’. Cara tu bukan lah sebenarnye grouping. Kalau CF, grouping boleh dibuat dengan lebih flexible dan tersusun. Maksdunye, walaupun element tu berada pada flow yang berbeza, saya masih boleh kumpulkan dalam group yang sama di CF. Jadi, lebih mudah untuk saya manange dan control 😉
Kat bawah ni saya senaraikan fungsi yang menarik dari segi struktur pembinaan bot setiap platfrom :
Manychat :
- Drag and drop sahaja
- Boleh tgk flow secara overview yang sangat jelas dalam bentuk flow diagram
- Interface yang sangat mudah digunakan dan di fahami. Sangat user friendly
- Image ada button 😉
Chatfuel :
- Tak perlu add page utk mula design
- Fungsi delay lebih nampak natural (effect typing tiga titik)
- Sangat mudah nak arrange block dan group serta nak connect ke mana-mana block yang kita nak

Rupa ‘Steps’ design di Manychat

Rupa ‘Block’ dan group design di Chatfuel
Kalau simple bot atau bot yang tak terlalu kompleks, saya rasa mudah dan cepat untuk guna manychat, tapi kalau bot yang di desing tu besar dan kompleks, sangat lah susah nak manage guna manychat. Bayangkan kalau chatbot yang ada berpuluh elemen. Boleh bayangkan macam mana rupa nya kat manychat ? Di manychat boleh folder utk setiap flow, boleh la dijadikan macam group di chatfuel. Tapi, agak penat nak ulang dan alik di antara interface folder dan flow design di manychat berbanding di chatfuel, semuanya pada satu interface / menu yang sama
Trigger & Sequence
Dua-dua platform ada fungsi sequence yang mana boleh hantar deretan mesej pada sela masa yang ditetapkan pada user. Cuma Chatfuel sahaja yang ada fungsi TRIGGER. Kenapa fungsi trigger ni penting pada saya. Saya bagi satu contoh, kalau kata user dah bercakap dan masuk dalam flow bot kita dan somehow dia sangkut atau diam atau tak sambung flow tu. Kita boleh set trigger untuk chatbot mesej user dan bantu dia untuk teruskan flow atau bagi option lain.
Satu lagi fungsi trigger yang saya selalu guna ialah apabila ada user yang bagi alasan tak nak beli sebab tak cukup duit atau budget. Apa yang saya akan buat, bila user bagi tau je bot yang dia tak cukup duit or budget, saya akan set trigger utk follow user sejam selepas dia bagi tau dan saya akan bagi dia special price atau special diskaun atau special offer. Sebab, majoriti yang bagi alasan tak cukup budget ni sebenarnye adalah hot leads. yang dah minat nak beli. Sebab saya susun bila user dah lalu certain level of flow baru dia boleh tahu harga dan decide nak beli atau tak 😉

fungsi trigger pada chatfuel
Kenapa tak guna sequence je ? Ya betul, boleh guna sequence sebagai workaround, tapi, seq berbentuk bersiri dan kita tak nak flood user dengan lambakkan mesej yang akan buat dia annoyed dan langsung hilang minat nak dapatkan produk kita.
Growth tools
Fungsi adalah salah satu gunsi utama dan yang penting dalam mana-mana chatbot. Tanpa growth tool, chatbot kita susah nak dapat subscriber atau reachable user. Dua-dua platform ada fungsi ni dan dua-dua tak jauh beza. Cuma, part ni, manychat menang berbanding chatfuel disebabkan betapa mudahnya nak setup dan option yang ada untuk tarik user daripada komen dan lain-lain
Kalau chatfuel pula, kita akan diberikan satu landing page yang dah siap-siap ada code dan link ke chatbot kita. Satu lagi, dengan chatfuel lebih mudah nak setup Facebook Ads yang guna objective messanger dan tarik terus ke mana-mana block atau flow di chatbot. Majority FB ads saya menggunakan objective messages, jadi chatfuel lebih membantu berbanding manychat 😉

Manychat Growth tools – Ada banyak option

Chatfuel growth tool – sangat terhad 🙂
Kalau tengok senarai option yang ada antara Manychat dan Chatfuel untuk growth, memang makan asap la Chatfuel. Manychat memamng betul-betul focus bab growth 😉
Attributes atau Custom fields
Chatfuel menggunakan attributes. Manychat guna custom fields. Fungsi dua-dua tu sama, untuk simpan data atau maklumat user. Cuma attributes di chatfuel lebih flexible. Lebih mudah nak di gunakan dan boleh digunakan untuk operasi ringkas matematik.
Ini yang kita panggil sebagai variable dan sangat penting untuk memastikan chatbot kita menjadi lebih dynamic dan bijak 😉
Integrations, Zapier dan API
Hanya Chatfuel sahaja yang ada fungsi API. Chatfuel menggunakan JSON API atau Java script object notation. JSON ni ialah standard language yang digunakan oleh pelbagai system atau platform untuk mengurusakan data atau memindahkan data dari satu system ke system yang lain menggunakan API.
Manychat masih belum ada fungsi API. Walaupun tiada, Manychat masih boleh integrate dengan system lain menggunakan service seperti Zapier.
JSON API adalah fungsi yang PALING saya perlukan dalam membina chatbot yang lebih dynamic, kompleks dan bijak.
Bayangkan kalau chatbot boleh integrate dengan Bizapp, easyparcel, woocommerce dan sms gateway tanpa perlu guna atau bayar service API luar. Mesti gempak kan !
Artificial Intelligent
Part ni, Chatfuel menang besar. Sebab ? Chatfuel ada NLP. Bukan NLP yang selalu ada seminar tu tau. NLP yang ni maksudnye Natural Language Processing. Dan, yang lagi bestnye, ada support untuk bahasa Melayu !
Apa best nye NLP kat chatbot ? Yang best nye ialah :
- chatbot boleh jawab soalan dalam pelbagai bentuk. Boleh ada banyak jawapan untuk satu soalan, lebih nampak natural kalau user tanya soalan yang sama, chatbot akan bagi jawapan yang berlainan tapi still menjawab soalan yang diberikan
- Boleh betulkan TYPO. Chatfuel NLP boleh tahu dan baca kalau soalan yang diberikan user tu ada typo. Macam mana ? Sebab ada engine NLP dan support baha melayu 😉
- Boleh connect dan integrate dengan diagflow (system AI yang lebih advance)
Manychat hanya allow exact word matching. Bermaksud, kalau orang tanya “Sekarang pukul berapa” dengan “Pukul berapa nak pergi”, Manychat akan bagi jawapan yang sama kalau guna keyword ‘pukul’. Which is, salah satu soalan tu akan dapat jawapan yang salah dan tak berkenaan.
Harga
Dari segi harga, boleh dikatakan Manychat sedikit lebih murah berbanding Chatfuel. Boleh bandingkan harga kat table bawah ni :
Number of users | Chatfuel Monthly Cost | Manychat Monthly Cost |
500 | $15 | $10 |
1000 | $20 | $15 |
1500 | $30 | $25 |
2000 | $30 | $25 |
2500 | $55 | $25 |
3000 | $55 | $45 |
5000 | $55 | $45 |
10000 | $85 | $65 |
25000 | $180 | $145 |
Kalau tengok table kat atas tu, harga Manychat jauh lebih murah untuk 25k reachable user.
Kesimpulan
Baik, jom kita simpulkan 😉
First sekali, blog post ni memang berat sebelah, berat ke arah Chatfuel sebab saya guna chatfuel dan saya akan terus gunakan Chatfuel.
Tapi ! Bukan bermaksud Manychat tak bagus. Bukan sebab Manychat tak boleh buat apa yang saya nak buat. Mungkin boleh, mungkin saya yang belum habis explore. Apa yang penting adalah, kita yang nak gunakan ni selesa gunakan yang mana ?
Manychat atau Chatfuel, dua-dua boleh buat benda yang sama, dua-dua bagus. Persoalanya ialah, kita yang design bot ni cuku bagus tak ? huhu 😉
Ramai yang bina chatbot untuk sales lupa beberapa perkara yang penting untuk jadikan chatbot tu mampu buat sales. Ini yang saya share dan ajar dalam kelas chatbot saya. Saya bukan semata-mata ajar macam mana nak guan Chatfuel atau macam mana nak bina chatbot di chatfuel. Semua video tutorial dan cara-cara guna chatfuel berlambak kat google. Percuma je boleh tengok
Apa yang saya share dan ajar ialah, cara-cara nak bina chatbot yang ada PURPOSE / TUJUAN. Kalau tujuannye untuk buat sale, maka chatbot yang di bina mesti mampu buat sales. Kalau tujuan nye nak maintain hubungan dengan pelanggan, maka chatbot tu mesti boleh buat macam tu dengan jayanya. It is all about onjective. Apa yang kita nak chatbot kita buat.
Kalau takat buat chatbot untuk jawab soalan user, itu bukan chatbot namanya. Itu kita panggil sebagai autoresponder atau auto reply. Lepas tu komplen chatbot tak boleh buat sales. Sebab apa ? Sebab flow chatbot yang di buat tu tak memenuhi kehendak user dan tak match dengan behavior user. Semua yang saya share dan ajar adalah berdasarkan behavior market kita di Malaysia. Semuannya based on pengalaman saya sendiri. Bukan satu, bukan 2, tapi dah banyak produk dan chatbot yang saya bina. Insyaallah saya boleh jawab sebarang soalan yang ada pasal chatbot. Dan of coz, masih banyak yang saya perlu belajar. Terlalu banyak lagi yang masih saya belum tahu dan mahir.
What Next !?
Sekarang ni saya tengah develop EVA (engaging virtual assistant). Tugas utama Eva adalah membantu closing team untuk menguruskan dan follow up LEADS yang masuk. Maksdunye, closing team tak perlu lagi dah nak buat rekod or data sendiri. Semuanya centralize kt Eva.
Follow up pon Eva yang handle, closing team focus 100% kat closing di whatsapp sahaja. Eva integrate chatfuel, email, whatsapp, google sheet dan coming soon bizzapp, insyallah.
Maya pulak ialah chatbot saya yang ditugaskan untuk buat sales secara automatic tanpa campur tangan manusia. Dari leads masuk, Maya akan layan dan bagi semua info yang leads nak dan membawa leads ke arah flow membeli. Sampailah leads nak membeli, Maya akan ambil order dan bayaran tanpa perlu saya bercakap dengan leads. Saya tunggu email je bila ada order or bayaran masuk. Senang kan !?
Saya selalu buat bengkel untuk bina chatbot yang mampu menjual. Dalam bengkel tu, saya akan ajar step by step untuk membina Maya dari ZERO sampai la follow up sequence. Cumanya, buat masa ni saya stop dulu bengkel tu. Tak tau bila nak sambung balik. Yuran untuk join bengkel tu ialah RM 499 sahaja 😉
Tapi jangan risau, team saya dah siapkan RAKAMAN PENUH bengkel siap dengan screen recording sekali. So, siapa yang ada video tu, boleh follow dengan jelas step by step kelas saya. Boleh pause, boleh rewind boleh fast fwd. Jadi lebih mudah nak faham kan. Kalau nak video tu boleh klik je kat link bawah ni. Pengerasnye cuma RM 257 sahaja. Pada yang dah join bengkel saya, dorang boleh jadi saksi saya yang bengkel saya bukan setakat sembang teori dan cara-cara guna charfuel. Bengkel saya sarat dengan tips dan trick untuk membina chatbot yang boleh menjual
http://bit.ly/NoahChatbot
Ada yang join bengkel, pernah ada chatbot, tapi tak berapa berjaya membuat jualan. Lepas join bengkel saya, adjust skit je, alhamdulillah chatbot dia dah boleh buat jualan dah. Cuba tengok screen shot kat bawah ni :
Ok, harap belajar sesuatu dan dah boleh buat keputusan untuk memilih platform mana yang nak di gunakan. Sekali lagi, dapatkan video rakaman penuh bengkel membina chatbot saya yang sarat dengan tips n trick untuk membina chatbot yang mampu menjual secara automatic. Siap dengan screen recording yang mudah untuk di follow dan faham. Klik je link kat bawah untuk order dan bayar. RM 257 sahaja untuk video penuh 3 jam lebih
http://bit.ly/NoahChatbot
Last point saya nak bagi tau. Point yang sangat PENTING !
Kalau kata kita dah guna Manychat, then kita dah ada 10k user, lepas tu kita decide nak tukar ke Chatfuel, kita akan bermula dengan ZERO user. Kene bina balik user dari awal. So, pemilihan platform adalah sangat penting sebab ni bukan cerita sementara, ni cerita long term.
Jumpa lagi di masa akan datang.
#gengultra
#botmasterNoah