Semalam saya ada post satu graph dan bertanya barang siapa yang boleh bantu saya baca graph tersebut kan ?
Alhamdulillah, ramai juga yang tahu dan ambil tahu berkenaan data di graph tu
Post ni panjang dan berat tau, sila tarik nafas panjang-panjang sebelum baca 😉
Malam ni saya nak share sikit tentang bacaan graph dan apa yang kita boleh ambil iktibar dari data yang kita ada tu 😉
Baik, yang pertamanya, bila kita mula-mula run Facebook Ads, kita akan berada pada fasa LEARNING. Fasa ni yang ada icon tapak kaki tu 😉
Pada fasa ni Facebook akan melakukan percubaan demi percubaan untuk mendapatkan audience yang paling sesuai untuk kita (berdasarkan pool audience atau avatar yang kita set)
Kebiasaannya, Facebbok mengambil masa selama 48 jam untuk mencuba dan selepas itu, data yang terbaik akan digunakan. (ini adalah andaian saya sahaja based on data-data yang saya ada, bukan algorithm sebenar Facebook. Kalau ada yang tahu, mohon share ya)
Fasa kedua adalah fasa OPTIMIZATION
Pada ketika ini, berdasarkan data yang Facebook ada daripada fasa Learning, Facebook akan cuba untuk improve prestasi iklan kita ke tahap yang lebih baik
Setiap kali Facebook berjaya improve iklan kita, data tersebut akan di simpan dan di kumpul.
Untuk apa ? Untuk meningkatkan lagi iklan kita ke tahap yang lebih baik dan baik
Selalunya, jika pool audience atau Avatar yang kita set atau guna adalah tepat, kita akan nampak kenaikkan yang mendadak pada fasa ini.
Tengok aja pada graph, rujuk icon orang hijau tgh hiking tu. huhu !
Pada masa tu saya yakin bahawa prestasi iklan akan meningkat, jadi saya DOUBLE up budget daripada RM 200 seminggu kepada RM 400 seminggu (peningkatan 2 kali ganda) pada tarikh 18 Oct
Hasilnya, result pada 19 Oct meningkat kepada 41 click dan cost per result menurun kepada RM 1.57 per result berbanding 14 click dan RM 2.17 per result pada 18 Oct
Peningkatan prestasi yang mendadak dan terbaik 😉
Syukur alhamdulillah 😉
Saya boleh katakan iklan ini berjaya dan saya label kan bintang pada graph. Iaitu fasa PUNCAK
Mungkin iklan akan mendaki ke puncak yang baru, mungkin iklan akan menurun. Tetapi apa yang penting, kita dah ada satu aras petanda baru untuk iklan kita
Pada fasa ini, insyaallah Facebook akan cuba untuk mempertahankan prestasi iklan kita dan jika boleh, untuk meningkatkan lagi. Tapi apa yang penting pada ketika ini adalah maintain the performance.
Harus di ingat, semakin hari Audience reach akan semakin besar. Lagi besar audience reach semakin kecil pool kita. Semakin kecil pool kita, semakin kurang kualiti, sebab audience yang berkualiti dah berikan result pada fasa-fasa awal iklan
Kemudian tiba pada icon / fasa HUJAN METEOR aka hujan PM (sebab saya guna traffic to PM)
Pada fasa ini, PM akan masuk menderu-deru. Insyallah semuanya berkualiti sebab iklan ini adalah iklan yang menjual secara terus, bukan soft selling
Pada fasa ini apa yang lebih penting adalah CLOSING. Jika skill closing kita power dan mampu untuk capai tahap 50% ke atas closing rate, maka boleh la up lagi budget pada waktu ni
Kalau tak, better layan je dulu leads yang ada dan improve closing
Jadi, kesimpulannya, data-data ni semua penting TETAPI !!!
Performance LEADS dan SALES adalah jauh lebih penting.
Makna kata, kalau la SALES kita OK dan BAGUS, maka, data-data yang ada ni kita gunakan untuk membaguskan lagi iklan kita
Kalau SALES kita TAK OK atau GAGAL, maka data-data yang ada ni kita gunakan untuk membetulkan apa yang salah
BUKAN BUKAN BUKAN
Membuta tuli buat iklan yang baru atau terus tukar headline atau terus tukar CW atau terus tukar gambar / video
Kata kuncinya adalah KESABARAN 😉
Ada orang, iklan dia akan terus hit the first time / setting dia run Facebook Ads
Saya dapat result macam ni pada step ke-DUA (guna FUN aka Formula Ultra Noah). Dalam FUN ada 6 step semuanya. Dan, jika di follow dengan betul, setiap kali naik step seterusnya, result akan lebih baik dari sebelum nya
Sebagai contoh, result saya pada step yang pertama hanya boleh mencapai MAX 25 click sehari pada cost per result RM 2.02. Kini di step yang kedua saya dapat MAX 41 click sehari pada RM 1.57 cost per result
Berapa lama saya di step yang pertama ?
Jawapannya, hampir sebulan
Berapa saya spend ?
Total ialah RM 794 sahaja
Pada Step pertama, mmg untung tak berapa banyak, tapi yang penting saya still buat untung dan tak rugi atau spend ads sia-sia tanpa sales 😉
Apa yang penting, saya dapat dapat cover balik duit ads (plus sedikit untung) dan banyak data untuk seterusnya dan alhamdulillah ia menjadi
Jadi, satu point yang penting yang saya nak share ialah,
DATA is EVERYTHING.
SALES is far more IMPORTANT than DATA
But to get GOOD sales, you must have plenty of GOOD data
Kalau ada soalan boleh je komen kat bawah, saya akan cuba jawab sedaya yang mampu. Kalau ada yang nak bertanya la kan. huhu !
Kalau malu bertanya sesat jalan.
Saya pon masih belajar, kalau ada yang saya tersalah, mohon perbetulkan untuk kebaikkan bersama
#gengultra
#projektular