Select Page

Automated marketing

Bila kita bercakap mengenai Automated Marketing, kita akan ingat bahawa e-commerce adalah salah satu Automated Marketing. Realitinya ialah, e-commerce adalah salah satu platform untuk memudahkan pelanggan kita membeli atau mendapatkan produk kita. E-commerce actually bukanlah satu platform Marketing yang sebenar-benarnya.

Sebelum apa-apa, kita kene faham dulu maksud sebenar e-commerce. E-commerce ialah transaksi Jual beli secara online. Ia memudahkan pelanggan untuk mendapatkan atau mebeli produk kita secara atas talian (online) tanpa perlu campur tangan manusia atau pembeli. Boleh rujuk Wikipedia untuk penerangan penuh di https://en.wikipedia.org/wiki/E-commerce.

Jadi kat mana part marketing nya ? Untuk mudah faham, portal atau website E-commerce kita juga adalah salah satu ‘produk’ kita. Macam mana pun, kita perlu mempromosikan website e-commerce kita

Korang rasa berapa RM yang Lazada dah spend untuk promote website dorang kat Facebook ? Dah berjuta-juta ringgit dorang gunakan untuk promote website dorang. Sampai ke hari ini, dorang masih spend untuk promote website dorang, tapi dah tak banyak macam dulu. Kenapa ?

Setiap kali orang klik iklan dorang dan melawat website Lazada, secara automatic, Lazada dah dapat data kita. Dorang dapat track ke mana kita pergi di internet. Dorang tau apa kita suka berdasarkan produk apa yang kita tengok kat website dorang.

Hasilnya, kita akan dapat iklan daripada Lazada secara berulang-ulang untuk jangkamasa yang tertentu. Ini kita panggil ‘retargeting’ atau ‘following’ marketing. Pada masa ni, kos iklan akan jauh lebih murah dan lebih berkesan

Bila kita membuat pembelian di website lazada, dorang akan dapat maklumat penuh kita sebagai pembeli. Jadi, in future, dorang boleh target kita semula sekiranya kempen pada masa itu sesuai dengan kita. Contohnya, kempen untuk orang-orang yang berada di Kuala Lumpur sahaja, jadi mereka boleh focus kos marketing untuk prospect di Kuala Lumpur Sahaja.

 

Integrated Marketing

Dalam dunia marketing, kita ada banyak channel yang kita boleh gunakan untuk mempromosikan perniagaan kita. Antara yang utama dan ramai yang gunakan ialah :

  • Facebook
  • Google (Adwords, GDN termasuk YouTube)
  • Email
  • Whatsapp
  • SMS
  • Call
  • TV
  • Radio
  • Akhbar
  • Malajah
  • Dan lain-lain

Yang pertamanya, kita kene kenal pasti channel mana yang kita nak guna. Channel mana yang kita rasa paling mudah untuk kita promote perniagaan kita. Pemilihan channel ini juga sangat berkait rapat dengan kekuatan budget yang kita ada dan sanggup keluarkan.

Kedua, kita kene faham betul-betul di mana pelanggan kita paling banyak berkumpul. Di facebook ka ? di google ka ? atau di offline ?

Kita kene susun betul-betul funnel supaya proses mendapatkan pelanggan adalah tidak terlalu panjang dan rumit. Dalam penulisan saya, saya akan focus lebih pada Facebook sebagai channel utama sebab saya tahu semua yang membaca artikel saya datangnya dari Facebook kan 😉

Ok, jom kita bina satu funnel ringkas dan bina proses pada setiap peringkat

Andaikan kita nak menarik ramai orang untuk membeli produk kita di website kita :

  1. Buat iklan Facebook menggunakan objective traffic dan bawa prospect terus ke landing page kita
  2. Landing page terangkan kelebihan produk dan kenapa perlu dapatkan produk kita dan membawa yang berminat ke produk page di laman web E-commerce kita
  3. Produk page akan memberikan penerangan lanjut dan ciri-ciri produk dan sesiapa yang ingin membeli akan klik pada butang ‘buy’ dan seterusnya melalui proses tempahan dan bayaran
  4. Berikan masa 7 hari untuk pelanggan menerima produk yang di beli, gunakan email atau whatsapp atau sms untuk mendapatkan feedback daripada pelanggan dan secara tak langsung dapat mengumpul testimony pelanggan
  5. Berdasarkan feedback yang kita dapat, analisa dan bina plan untuk menaik taraf produk atau proses / funnel kita
  6. Follow up juga perlu dilakukan Kepada prospect yang dah memulakan proses tempahan tetapi tak selesai hingga ke proses bayaran

Berdasarkan funnel di atas, kita akan dapat 3 peringkat prospect. Yang pertama ialah mereka yang pergi ke landing page, Kedua ialah mereka yang pergi ke produk page dan yang ketiga ialah mereka yang telah memulakan proses tempahan (belum membeli).

Berdasarkan peringkat prospect tu, kita boleh susun retargeting marketing atau AUTOMATED marketing terus Kepada sasaran kita tanpa perlu kita setting iklan baru. Kita boleh guna channel Facebook Ads juga dengan menggunakan CUSTOM audience dan target mereka yang dah sampai di landing page dan sebagainya. Mungkin bukan 100% automated dengan Facebook Ads, tetapi banyak proses manual yang kita dah tak perlu buat.

Habis pasal funnel untuk mendapatkan pelanggan baru. Selepas tu, kita kene bina juga funnel dan proses untuk pelanggan yang sedia ada iaitu yang lebih penting untuk kelangsungan perniagaan kita. Antara tips yang penting ialah :

  1. Categorikan pelanggan kita mengikut umur, jantina, lokasi dan jumlah belian
  2. Bina kempen-kempen marketing yang tepat berdasarkan ketegori masing-masing
  3. JANGAN MENJUAL Kepada pelanggan (yang pernah membeli)
  4. Jalankan kempen yang berbentuk soft selling seperti berkongsi tips dan panduan yang berkaitan dengan produk atau interest produk yang kita Jual
  5. Gunakan Facebook Ads sebagai channel utama kerana mereka ni semua datang dari Facebook. Focus pada perkongsian tips dan panduan
  6. Gunakan channel email untuk konsep newsletter tetapi jangan terlalu kerap
  7. Gunakan channel whatsapp untuk mendapatkan feedback secara personal
  8. Gunakan channel phone call untuk menjemput pelanggan ke event atau majlis anjuran kita
  9. Buat berkala, contoh sebulan sekali atau seminggu sekali (kecuali whatsapp dan phone call)
  10. WAJIB keluarkan kempen ketika waktu perayaan atau sambutan besar di Facebook yang target pelanggan sahaja

Kesimpulanya, bila kita sebut tentang integrated marketing, bukan lah kita harus guna semua channel yang ada. Kita perlu susun dan guna channel yang berkaitan dan yang memberikan kesan yang terbaik sahaja. Walaupun kita mempunyai budget yang besar

Kalau tak ada website macam mana ? Jawapanya, ini adalah masanya untuk korang semua ada website sendiri yang ada fungsi e-commerce. WAJIB tau, kalau tak, korang akan ketinggalan.

Adalah diramalkan oleh ramai dan pihak-pihak yang berwajib, tahun 2018 adalah tahun e-commerce. Terima Kasih Kepada LAZADA kerena banyak memberikan pendedahan dunia e-commerce kat Malaysia ni

Jadi ! bertindak cepat. Jangan tunggu sampai 2018 menjelma. Tak ada budget ? Kos asas nak ada website yang cantik dengan domain name sendiri adalah kurang dari RM 500 setahun. Setahun tau, tak kan la bisnes korang tak boleh cover RM 500 setahun ? tak logic kan. huhu !

Ok lah, until we meet again pada penulisan saya yang akan datang, insyaallah 😉