Select Page

Setiap kali kita submit FB Ads, first sekali Ads tu akan duduk dalam bakul ‘in-review’. Once dah habis review, baru Ads tu akan jalan.

BUT ! dia bukan jalan terus ! Ads kita akan lalu satu fasa yang di panggil sebagai Learning Phase.

Apa tu Learning Phase (LP) ?

Secara ringkasnya, FB perlukan at least 50 ‘desired result’ dalam masa 7 hari untuk Ads kita keluar dari LP ni. Maksdunye, selagi tak dapat 50 result tu, selagi tu la Ads kita akan ‘sangkut’ dalam LP ni.

Most of the time, tak sempat sampai 50 result atau 7 hari pun, Ads kita dah keluar dari status LP ni jadi ‘Active’. Sebab tu ramai yang jarang nampak status ni bila run Ads.

 

Ada beberapa Ads optimization yang akan menyebabkan Ads kita duduk lama dalam fasa LP ni. Budget pon memainkan peranan yang penting.

Tapi, bukan bermaksud Ads optimization tu tak bagus atau tak boleh guna, cuma kita kene tahu macam mana nak adjust dan plan Ads yang betul menggunakan optimization yang betul dengan objective yang betul. Banyak nye betul ! Betul betul !? 😅

Lagi satu, semasa fasa LP ni, Ads sebenarnya tak akan perform seperti sepatutnya. Result akan ala-ala je, kos per result pon akan sedikit tinggi dan fluctuate.

Yang tu normal, tak perlu panik atau stop kan Ads tu, lagi pon baru je run kan ! Bagi la peluang FB nak play around dengan algorithm dia untuk matching dengan setting yang kita buat. TAPI ! Kalau la result terlalu teruk atau kos terlalu tinggi, boleh la nak stop ads tu.

Try setting lain atau guna stratergy lain. Sebab tu tanda-tanda yang ads tu tak kan keluar dari LP nye status dan akan jadi macam gambar kat bawah ni

 

Bila kita dapat status Learning Limited ni, bermaksud kita dah lebih 7 hari atau kehabisan budget dan still tak dapat 50 desired result tu.

Saya rasa sangat rare nak dapat message ni di kalangan seller atau marketer di Malaysia ni, sebab, kita kan kurang sabar, lepas 24 jam run ads, tak dapat apa-apa leads atau result, kita sure akan stop dan buat ads baru. mengaku tak ?

Apa nak buat bila dapat status ni ? Jawapannya senang, buat Ads baru dan pastikan follow guide dan tips yang saya nak bagi kat bawah ni

 

Learning Phase : Optimization

Bergantung kepada jenis Ads objective yang kita guna, ada beberapa jenis optimization yang kita boleh set untuk Ads kita. Kat bawah ni saya senaraikan :

 

  • Impressions
  • Reach
  • Daily Unique Reach
  • Post Engagement
  • Video Views
  • Link Clicks
  • Landing Page Views
  • Replies
  • Conversions
  • App installs
  • Leads

Yang warna merah tu adalah jenis optimization yang berat dan memerlukan lebih masa serta budget untuk cukupkan 50 result tu.

Jadi, kalau rasa budget tak cukup besar dan tak plan nak run Ads tu lama-lama, better elakkan guna optimization yang merah tu.

Always fikir cara macam mana nak guna optimization yang lain-lain tu untuk objective atau goal yang sama.

 

Learning Phase : Adset Budget

Jumlah budget yang kita set untuk setiap adset kita sebenarnya adalah faktor utama yang menentukan berapa lama Ads kita akan duduk dalam LP ni.

Saya bagi contoh, kalau kita letak daily budget RM 100 dan guna objective Messages yang di optimize untuk Replies, kemungkinan besar, sebelum sempat 24 jam Ads kita dah keluar dari LP dah. Sebab cost per replies yang average adalah less than RM 1 (kalau guna chatbot).

Tapi ! Kalau katakan kita letak budget RM 15 sehari, then guna objective conversion dan optimize juga conversion, maka, memang sah lah kita akan duduk dalam status LP dan terus akan jadi Learning limited tu.

Sebabnya, kita semua tahu, cost per conversion sangat mengikut harga produk. Kalau produk kita semurah RM 10 sekali pon, cost per conversion mungkin boleh jadi antara RM 3 ke RM 5.

Yang ni average dan contoh sahaja sebab nak bagi faham. Saya tau ada yang baca ni, cost per conversion dia ada yang murah dari RM 1.

Ya betul, memang boleh dapat macam tu, tapi kene guna strategy yang betul dan funnel yang sangat comprehensive.

So, budget kene set betul-betul dan kene bagi masa untuk Ads tu pick up. Tapi, jangan lupa monitor selalu. Takut nanti Ads ke laut, dengan kita-kita sekali karam !

 

Learning Phase : Audience Size

Walaupun budget kita dah cukup besar, tapi, kalau audience size kita kecik atau terlalu kecik, Ads juga akan sangkut dalam fasa LP. Kenapa boleh jadi macam tu ? Sebab, Katakan lah budget kita RM 100 sehari untuk objective conversion tadi tu, tapi audience kita cuma ada 2000 orang je.

So, secara average, kita boleh calculate, cost per conversion ialah RM 3, then max conversion yg kita boleh dapat sehari ialah 33 +-.

Kalau ikut budget dan cost per conversion tu, pada hari kedua kita dah boleh keluar dari LP kan ? Tapi ! sebelum tu, jom kira based on conversion rate pula.

Average conversion rate untuk ecommerce ialah 1%. So, dalam kes ni, kita cuma ada a total of 2000 audience je, jadi, max yang kita boleh convert pon cuma 20 orang.

Maksudnye, cuma dapat 20 desired result yang mana kurang lagi 30 untuk keluar dari fasa LP.

Jadi, kene make sure size audice kita cukup besar, tapi jangan terlalu besar supaya FB dapat selesaikan LP dengan cepat dan berkesan, sambil bawa masuk sales.

 

So, ringkasan nya, kene pastikan kita betul-betul tahu apa yang kita buat atau setting tu. Kalau kita tengok Ads kita duduk lama dalam status LP, cuba check balik setting kita.

Tengok optimization kita pakai apa, budget cukup tak, audience size sesuai ke tak ? Semua ni adalah antara faktor utama nak bagi Ads kita laju dan bawa masuk result yang banyak dan of coz sales.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa macam tak pernah nampak pon status Learning Phase ni ? Mungkin kah sebab kita dah pandai buat FB Ads ? Mungkin kah sebab kita dah lama buat FB Ads ?

Jawapannya, dua-dua pon betul. Pandai tu satu hal la kan, but, bab dah lama or banyak run Ads tu yang paling FB pegang. Setiap kali kita submit Ads untuk review, FB always akan rujuk performance dan data Ads kita yang sebelum-sebelum ni.

Dari situ, dia akan amik sikit beberapa fact yang dia boleh guna semasa LP Ads yang baru. Sebab tu, bagi yang dah selalu buat Ads, walaupun desired result belum sampai 50 sekali pon, langsung tak nampak status LP tu, sebab, FB dah belajar awal lagi dah berpandukan Ads kita yang lama-lama

 

 Jadi, nasihat saya, tolong jangan delete Ads yang lama-lama, walaupun result Ads tu terlalu teruk. Sebab, FB akan gunakan the high and low untuk learn dan improve algo FB supaya Ads kita akan lebih perform dan optimized. Jumpa lagi di posting akan datang, Insyaallah.

Tolong saya share article ni boleh. Mana tau ada kawan-kawan yang memerlukan info dalam article ni, banyak pahal kita. Klik je icon facebook kat bawah tu and terus share. Insyaallah