Select Page

Orait 😎
Semalam saya dapat lebih dari 150 LIKE. So hari ni saya belanja sikit info dan knowledge saya berkenaan topik di atas 😉

Saya explain pasal DAILY BUDGET dulu ya
Daily Budget ni kita akan set amount yg kita nak facebook gunakan dan habiskan pada setiap hari
Contoh, kalau kita set RM 20 sehari, maka Facebook akan bergerak berdasarkan RM 20 sehari tu hingga habis utk hari yang berkenaan
Apa yang berlaku, Facebook akan cuba bahagikan amount RM 20 tu kepada setiap jam. Means, daripada setiap jam tu, berapa RM yang akan digunakan

Saya bagi satu senario, katakan kita set Daily Budget RM 20 tu, then hari pertama Facebook akan gunakan RM 20 tu utk mencari audience kita yang tepat
Hari kedua, Facebook meneruskan mencari. Fasa ini kita panggil Learning Phase.
Lepas selesai Learning Phase (bergantung kepada jumlah result), Facebook dah tahu pola result audience kita.
Maksudnye, Facebook akan agihkan budget kita mengikut jam yang sesuai. Contohnya, kalau audience kita aktif pada jam 4 ptg hingga 8 mlm, maka, budget akan dilebihkan pada waktu tu

Kelebihan Daily budget ni, kita bagi Facebook kebebasan utk optimize spending base on jam / hours

LIFETIME Budget
Untuk lifetime budget ni. Kita akan set kan Jumlah besar budget yang kita nak spend. Contoh, kita ada budget RM 1000 seminggu, jadi, kita terus set RM 1000 untuk seminggu
Apa yang berlaku ?
Facebook secara asas akan bahagikan RM 1000 tu kepada 7 hari (seminggu)
Kemudian, Learning Phase bermula
Lepas selesai Learning Phase. Facebook dah jumpa pola dan jam / hour audience kita aktif

Next, facebook akan terus mencari pola hari apa yang Audience kita aktif
Contoh, kalau audience kita paling aktif pada hari Jumaat, maka, budget utk hari jumaat akan di lebihkan sedikit (budget hari lain akan kurang sedikit)

Jangan lupa, pola jam / hour juga diguna pakai dalam lifetime budget
Maksudnye, ada 2 pola yang facebook cari dan optimize budget. Yang pertama pola Hari. Yang ke dua pola Jam.

Satu KELEBIHAN utama Lifetime budget ialah, kita boleh secara manual set jam / hour dan hari iklan kita di pamerkan
Features ni sangat bagus dan sesuai jika kita ada had waktu bekerja.
Contoh, kita hanya boleh jawab PM atau buat closing dari jam 9 pagi hingga 7 ptg. Atau, kita nak iklan kita run dari isnin hingga jumaat je. Sabtu ahad iklan x jalan
Kita boleh set tu kat schedule dengan lifetime budget

Jadi, yang mana lebih bagus ?
Macam ni, saranan dan nasihat saya
Guna DAILY budget kalau kita nak run iklan yang singkat. 2 ke 4 hari dengan budget yang besar, lebih dari RM 100 sehari
Guna LIFETIME budget kalau kita nak run iklan lama. 5 hari ke atas dan kumpul data yang lebih tepat

Saya suka yang mana ?
Saya amat jarang gunakan DAILY budget. Hanya LIFETIME budget
Alasan saya, sebab, LIFETIME budget ada 2 pola yang di optimize dan budget saya tak besar.

Mana satu korang nak guna bergantung pada kesesuaian masing-masing
Harap posting ni menjawab persoalan yang ada. Kalau ada soalan lain boleh komen di bawah. Insyallah saya cuba jawab
Assalamualaikum
#gengultra