Select Page

Betul ke ?

Ada betul nya. Tapi, perlukan penjelasan yang lebih detail dan mendalam. Apa yang dimaksudkan dengan reach jadi rendah dan apa yang dimaksudnyakan dengan link ? Dan, yang paling penting sekali, macam mana nak pastikan reach kita tinggi walaupun kita buat posting yang ada link. Saya akan explain semampu boleh. Saya juga akan sertakan contoh dan bukti.

Firstly, bila kita bercakap tentang reach ni kan, korang tau ke apa itu reach ? Macam mana Facebook bagi reach kat kita ? Apa yang Facebook ambil kira ? Jom saya explain sikit pasal reach ni ya. Penting ni, kalau tak faham apa itu reach, korang akan susah nak grab point-point yang saya akan explain nanti berkenaan posting yang ada link 😉

Secara mudahnya, reach ni adalah bilangan orang yang kita boleh ‘capai’ atau bilangan orang yang Nampak posting kita. Katakan kalau reach yang kita dapat adalah 500, bermaksud, ada 500 orang yang boleh Nampak posting kita. Nampka je tau, belum engage lagi 😉

Reach adalah metric yang paling penting dalam Facebook sebelum engagement (like, comment, share, click dsb). Sebelum ada orang boleh like posting kita, kita mesti dapatkan reach dulu. Lagi banyak reach yang kita dapat, lagi banyak la peluang untuk kita dapat engagement / result.

Persoalannya, apa yang menyebabkan reach kita tinggi atau rendah ? Facebook main taram saja ka ? Randomly ? Jawapanya ialah pada algorithm yang Facebook gunakan. Kitsa semua tahu, kalau kita nak buat Ads, first sekali kita kene pilih objective apa yang kita nak guna. Setiap objective tu ada algo dia sendiri. Setiap algo, ada cara yang berlainan untuk bagi kita reach dan result.

Sebagai contoh, kalau kita pilih objective Engagement, maka Facebook akan cuba reach orang-orang yang suka like, komen dan share terlebih dahulu. Orang-orang yang suka tengok video ke, suka klik link ke akan dapat reach selepas daripada golongan-golongan yang suka engage tu. Kalau kita pilih objective Traffic, Facebook akan cuba reach orang-orang yang suka click terlebih dahulu kemudian baru orang-orang yang lain. Facebook ada letak rating dan category kat atas profile kita semua sebagai pengguna Facebook. Setiap dari kita ni ada ‘harga’ tau. Facebook tau kita ni orang yang jenis macam mana, suka like ka, suka tengok video ka, suka klik ka. Pendek cerita Facebook mendagangkan kita pada orang-orang yang buat iklan dengan tepat. Facebook Jual kita 🙂

Alright, yang tu kalau kita buat Ads. Ada objective yang kita boleh pilih untuk tentukan algo mana dan audience macam mana yang kita akan reach. Kalau kita post kat personal wall dan page wall (organic post) macam mana ? Tak de pon objective yang kita nak kene pilih ? Facebook guna algo yang mana satu ?

Banyak nye soalan. huhu 😉

Basically, terlalu banyak benda yang Facebook ambil kira untuk dia push organic post ni. Profile rating, page rating, previous performance, current trend dan macam-macam lagi. Tapi secara mudahnya macam ni. Kita tau Facebook dah sediakan algo yang berbeza untuk jenis objective ads yang berbeza kan, sebenarnya, algo yang sama Facebook gunakan untuk organic post

Macam ni, sebagai contoh, kalau kita buat satu posting dengan CW yang panjang dan kita masukkan beberapa gambar di personal wall atau page wall kita, maka secara automatic, Facebook akan gunakan algo ‘Post Engagement’ untuk tentukan reach dan performance organic post kita tu. Facebook akan buka dulu sedikit reach (first batch) kepada kawan atau likers yang friends dan follow kita. Based on first batch punya result (engagement), Facebook akan tentukan untuk buka reach kepada batch yang seterusnya. Kalau baik result dari batch yang pertama, maka batch yang kedua akan lebih besar reach nya. Kalau kurang baik result dari batch yang pertama, maka akan makin sikit la reach untuk batch yang seterusnya. Macam tu la untuk batch ke 2, 3, 4, 5 dan seterusnya, sampai la habis semua yang boleh di reach atau bila ada batch yang langsung tak bagi result.

Macam tu juga kalau kita buat posting video, Facebook akan reach orang-orang yang suka tengok video dulu. So, soalan saya, kalau kita post link, siapa yang dulu akan di reach ? Saya jamin semua dah boleh jawap soalan ni dengan betul 😉

Based on penjelasan saya kat atas tu, korang Nampak tak satu point penting yang Facebook tengok untuk tentukan reach kita tinggi atau rendah ? Pada yang nampak tu syabas dan tahniah. Pada yang tak Nampak tu, let me tell you. Chewah ! speaking sekali sekali kan.

RESULT ! ya betul, Facebook tengok result untuk tentukan reach kita tinggi atau rendah. Kalau posting kita dapat result yang rendah, maka reach kita akan jadi rendah sebab sempat sampai ke batch yang ke 2 je, batch yang ke 3 tak de reach lagi dah

So, soalan seterusnya, macam mana nak bagi result bagus ?

Awal 2018 haritu, Facebook dah buat announcement, yang dorang akan focus pada ‘Content’. Maksudnye, kalau posting kita tu ada content yang baik dan orang suka, maka kita akan dapat result yang lebih baik serta reach yang lebih tinggi. Kesimpulanya, it is all about the quality of our posting. Kena pastikan, content posting kita berkualiti dan memenuhi citarasa followers or friends 😉

Berbalik pada cerita macam mana nak tinggikan reach untuk posting yang ada link ni

Kalau kita buat posting yang ada link. Dah pasti la kita nak ramai orang klik link kita tu kan ? Kalau posting kita dapat sikit like, komen dan share adakah itu satu masalah kalau kita dapat link klik yang banyak ? Mesti la tak. Kita nak klik, bukan nak komen

Ramai orang cakap reach dia rendah bila post link sebab kurang orang komen. Tapi dia pernah tengok tak data orang yang klik ? Of coz kat Facebook personal tak boleh nak tengok data ni. Kene letak pixel atau google analytics kat website kita, baru boleh tgk data ni. Saya akan tunjukkan bukti bahawa, reach kita bukan lah serendah seperti yang dikatakan bila kita buat posting yang ada link

Sebelum saya bagi tau cara-cara nak naikkan reach untuk posting yang ada link ni, ada satu lagi point yang saya nak bagi tau dan terangkan. Awal-awal tadi saya ada bagitau, posting kita juga tertakluk kepada algo yang sama kalau kita buat Ads kan. So, kalau kita buat posting yang guna CW dan gambar Sahaja, Facebook akan guna algo Engagement. Kalau kita buat posting yang ada link, Facebook akan guna algo Traffic.

Saya juga ada bagitau, untuk algo Engagement, Facebook akan cari orang-orang yang suka engage dahulu sebelum orang-orang lain. Macam tu juga kalau untuk algo Traffic, Facebook akan cari orang-orang yang suka klik dulu sebelum orang-orang lain.

Persoalannya, followers atau friends kita ni ramai ke yang suka klik link ? Kalau followers atau friends kita ni semua nya jenis yang suka engage Sahaja, macam mana nak suruh dorang klik. Sedangkan algo yang Facebook pakai ialah traffic, kalau posting tu tak dapat traffic, maksudnye, takde result, post tu juga tak kan dapat reach yang seterusnya, walaupun dalam batch yang pertama tu ada beberapa orang like, komen dan share. Sebab like, komen dan share tak diambil kira sebagai result untuk tentukan reach yang seterusnya

Peningkan !? Jadi, statement yang cakap kalau kita post link, reach akan jadi rendah tu betul, cuma, tak pernah ada sesiapa yang explain kenapa jadi macam tu dan macam mana nak tinggi kan reach untuk posting yang ada link. Jom saya kongsikan macam mana cara nya naikkan reach untuk posting yang ada link ni 😉

 

.

Cara nak naikkan reach untuk posting yang ada link

 

Content

Kalau kita bagi content yang dorang nak bila dorang klik link kita tu, maka dorang akan klik la. Bila kita selalu buat posting link yang berkualiti dan dorang selalu klik, maka dorang akan di tag sebagai orang-orang yang suka klik. Makin lama, makin banyak result klik kita, maka, makin tinggi la reach kita 😉

Jangan buang link preview

Bila kita letak link dalam posting kita, Facebook secara automaticnya akan buat preview ke link kita tu dalam bentuk gambar kat posting kita. Jangan buang atau delete preview tu, kalau kita delete, kita bagi indicator kat Facebook yang kita tak nak buat posting traffic, kita nak buat posting engagement. So apa yang akan berlaku, Facebook tak ambil kira klik dan hanya cari orang-orang yang suka engage. So, kita tak dapat la link klik yang kita nak

Pastikan link preview kita menarik

Link preview ni di buat secara auto oleh Facebook. Facebook akan ambil gambar dari link yang kita share tu sebagai preview. meta tag atau description juga akan diambil secara automatic untuk jadi preview. So, ada beberapa cara nak buat supaya Facebook generate preview yang menarik. Untuk ni, saya akan share di posting yang lain. Insyallah 😉

Tanam Pixel Page View

Bila kita tanam pixel page view kat link or website kita tu, secara tak langsung, kita bagi tau Facebook yang kita nak Tarik orang yang akan stay lama kat link kita tu. So, algo Facebook akan cari bukan takat orang yang suka klik, tapi juga orang yang akan stay lama kat page kita

Pastikan loading website SANGAT LAJU

Untuk orang klik link kita tu mudah, tapi untuk pastikan orang tu at least tunggu web kita loading tu satu cabaran yang lain. Pastikan web kita loading dengan sangat laju, dibawah 3 saat loading time. Kalau page, boleh buat instant article, dalam 1 ke 2 saat saja loading time 😉

Alrite, cukup la kot takat tu. Inyaallah kalau ada lagi, saya akan share lagi di lain waktu. Now, saya nak tunjuk contoh dah bukti yang menunjukkan reach post saya masih tinggi walaupun ada link 😉

 

Gambar kat bawah ni adalah posting saya yang berbentuk engagement. Hanya text Sahaja. Boleh tgk berapa banyak like dan komen yang saya Terima. Nampak menarik kan. Based on result tu, kita akan anggap, reach kita pegi tinggi la kan. Ok, ingat part komen tu ya. ada 23 (plus 4 yg di display jadi 27) komen kan. Ingat tau 😉

 

Gambar kat bawah ni pula ialah posting saya yang menggunakan link. Nampak tak ada link preview kat situ ? Saya tak delete. Description kat situ pon Facebook ambil secara auto dari website saya. tengok la like dan komen. Jauh beza dengan yang atas tu kan ? So, kebanyakkan orang akan kata reach rendah sebab komen ada 6 je.

 

Tengok komen kat atas tu sikit kan ? huhu. Jom tgk data pixel ni pula. Secara menjeling je, kita akan Nampak graph naik dengan mendadak pada tarikh 20 March. Saya share posting link tu pada 18 March. Graph ni menunjukkan bilangan page view yang saya dapat. Lagi tinggi, maka lagi banyak page view yang saya dapat. Pendek kata, lagi tinggi graph tu, lagi ramai la yang klik pada link saya. FYI, saya tak run apa-apa ads pada waktu graph naik dan hanya data daripada ultranoah.com Sahaja yang di capture 😉

 

Yang atas tu data pixel secara general kan. Jom kita dig dalam lagi. Kita tengok data analytics pula. Graph mula melonjak pada tarikh 18 March. FYI, graph ni ikut pacific time, so date dia terlambat satu hari dan 19 march dorang masih belum tamat. Pada 18 march di graph tu, saya dapat total of 221 page view event dan 92 unique user. Maksudnye apa ? Maksudnye, pada tarikh 18 march di graph tu, ada 92 orang yang VIEW page saya, bukan takat klik tau, mereka ni view.

 

Tadi saya ada minta untuk ingat bilangan komen yang saya Terima dari posting berbentuk text saya kan. Berapa ? 27 kan ? Yang tu termasuk komen yang saya reply tau. So basically, less than 27 orang yg komen. Cuba compare dengan data analytics yang saya dapat. Ada 92 unique user yang VIEW link saya. So, mana yang lebih tinggi reach nya ? beze kan ?

 

Jadi, jom kita simpulkan posting yang super panjang saya ni 😉

 

Kesimpulan nya adalah, jika kita bagi post link yang berkualiti dan content yang sasaran kita nak, reach kita akan sama tinggi macam posting-posting yang lain. Like, komen dan share tak memberi erti pada posting yang ada link. Pastikan, semua benda yang kita buat kita boleh track and measure, baru kita boleh tahu mana nak baiki dan mana nak stop.

Kalau kita nak buat posting engagement, pastikan kita buat cara engagement supaya orang engage. Kalau kita nak buat posting link, pastikan kita buat supaya orang klik. Kalau kita buat posting video, pastikan kita buat supaya orang tgk video. Apa yang penting ? Result ! Jadi, kita kene tahu result apa yang patut kita dapatkan untuk buka reach yang lebih besar 😉

Saya harap posting kali ni memberi sedikit panduan dan pencerahan pada korang semua. Harap juga dapat manfaatkan, ilmu yang sedikit ni untuk memajukan diri dan perniagaan korang. Korang maju, saya happy, saya happy, saya bagi lagi 😉

Assalamualaikum dan salam sejahtera, jumpa lagi di lain posting 😉